Tuesday, August 27, 2019

TAYAMUM




👉NAMA AHLI KUMPULAN:
💗NUR AIDA SYAKINAH BT AZMI
💗ANIS SOFIAH BINTI ZULKIFLEE


✨DALIL PENSYARIATAN TAYAMUM :


Firman Allah SWT :

فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا 
Maksud : "sekiranya kamu tidak mendapati air untuk berwudhu, maka bertayamumlah dengan debu tanah yang suci" {Al-Maidah 6:5}

Dalil di atas menjelaskan bahawa kewajipan menunaikan solat apabila masuk waktu meskipun semasa ketiadaan air untuk berwudhu pada ketika itu. Oleh itu, rukhsah tayamum telah ditetapkan dan diberikan kepada umat Islam untuk menggantikan dan menyempurnakan wudhu semasa ketiadaan air bagi melaksanakan ibadah solat yang sememangnya menjadi kewajipan bagi umat islam sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran.

✨PENGERTIAN TAYAMUM

-Menyapu debu tanah yang suci (debu yang tidak bercampur dengan najis / bukan yang telah digunakan) ke muka serta kedua-dua tangan hingga ke siku dengan niat dan syarat-syarat tertentu.

✨HUKUM TAYAMUM : wajib (ketiadaan air / tidak boleh menggunakan air)

✨RUKUN TAYAMUM

  • Niat :      Image result for niat tayamum




          Maksud : "Sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan solat kerana Allah Ta'ala"



  • Menyapu seluruh muka dengan debu.
  • Menyapu debu kedua-dua tangan hingga ke siku.
  • Tertib.


✨SYARAT-SYARAT SAH TAYAMUM
  1. Mengetahui masuk waktu solat.
  2. Mencari air selepas masuk waktu.
  3. Menggunakan debu tanah yang suci.
  4. Menghilangkan najis terlebih dahulu.

✨ANGGOTA TAYAMUM : 



-Muka
-dua belah tangan hingga ke siku.




✨CARA BERTAYAMUM
  1. Tekap kedua-dua tapak tangan pada debu tanah yang suci.
  2. Nipiskan debu pada kedua-dua tangan.
  3. Sapukan debu pada muka sambil berniat.
  4. Ulangi tekap tapak tangan pada debu tanah yang suci dan dinipiskan.
  5. Sapukan debu yang suci pada tangan kiri ke bahagian bawah tangan kanan hingga ke siku.
  6. sapukan ibu jari kiri ke atas tangan bahagian tangan kanan.
  7. diulangi menyapu tangan kanan pada tangan kiri hingga selesai.  
                                   tayangan video cara bertayamum






✨SEBAB-SEBAB YANG MENGHARUSKAN TAYAMUM

  1. Ketiadaan air selepas berusaha mencarinya.
  2. Ada air tetapi hanya mencukupi untuk diri dan ternakan.
  3. Cuaca yang terlalu sejuk dan penggunaan air boleh memudaratkan.
  4. Luka atau sakit yang menjadi mudharat jika terkena air.
  5. Terhalang daripada mendapatkan air kerana kerana bahaya.
✨SUNAT TAYAMUM

  1. Membaca basmalah (بسم الله الرحمن الرحيم)
  2. Menipiskan debu pada tapak tangan.
  3. Meregangkan jari ketika menepuk debu.
  4. Berturut-turut.
  5. Menghadap kiblat.
✨PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMUM

  1. Melakukan perkara yang membatalkan wuduk.
  2. Ada air bertayamum sebelum solat.
  3. Sembuh daripada sakit dan boleh menggunakan air.
  4. Luput waktu solat.
  5. Murtad (keluar daripada agama islam).




RUJUKAN 







No comments:

Post a Comment

TAYAMUM 👉NAMA AHLI KUMPULAN: 💗NUR AIDA SYAKINAH BT AZMI 💗ANIS SOFIAH BINTI ZULKIFLEE ✨DALIL PENSYARIATAN TAYAMUM...